Rekod Pengurusan Tingkah Laku Murid
Segala hal berkaitan tingkah laku murid akan direkodkan oleh guru-guru ke dalam sistem online yang dikenali sebagai SSDM. Apa itu SSDM???
SSDM
- Sistem Sahsiah Diri Murid atau SSDM merupakan sistem yang ditubuhkan khas oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi tujuan perekodan segala hal berkaitan tingkah laku murid-murid di sekolah.
- Sebarang masalah salah laku dan disiplin, kesalahan murid akan direkodkan melalui sistem SSDM online oleh guru.
- Sistem ini membantu guru menyediakan laporan disiplin murid sekolah rendah / pelajar sekolah menengah
- Bukan sahaja yang murid yang melakukan kesalahan sahaja akan direkodkan ke dalam sistem online guru ini, malahan murid yang melakukan rekod baik turut dimasukkan dalam sistem juga.
- Memberikan galakan untuk kalangan pelajar terus membuat bakti dan kebaikan sepanjang bergelar murid sekolah
Muka depan halaman utama SSDM- Online |
Petikan akhbar online berkaitan isu yang berjaya direkodkan dalam SSDM |
Comments
Post a Comment