Pengenalan dan Definisi
Tingkah Laku - Tingkah laku merupakan apa yang seseorang cakapkan atau lakukan. Tingkah laku merujuk kepada semua tindakan manusia yang boleh diperhati, diukur dan dinilai. - Menurut Martin & Pear, 1996, tingah laku merangkumi aktiviti, aksi, perbuatan, gerakbalas, dan reaksi . Pengurusan Tingkah Laku - Pengurusan tingkah laku boleh digambarkan sebagai program tingkah laku yang dilakukan oleh seseorang individu (guru, ibu bapa atau pihak-pihak tertentu) untuk membentuk perlakuan luaran dan dalaman individu atau kumpulan supaya individu tersebut mempunyai tingkah laku yang bermanfaat, produktif, dan diterima oleh masyarakat. Konsep Pengurusan Tingkah Laku - Konsep pengurusan tingkah laku ini m eliputi perancangan yang rapi, penentuan individu yang bermasalah tingkah laku, teknik intervensi yang berkesan serta penilaian secara objektif Tingkah laku di sekolah amat berkait rapat dengan Disiplin. Apa itu Disiplin??? Disiplin - Disiplin merupakan k eupayaan untuk mematuhi perat