Pengenalan dan Definisi

 Tingkah Laku

Tingkah laku merupakan apa yang seseorang cakapkan atau lakukan. Tingkah laku merujuk kepada semua tindakan manusia yang boleh diperhati, diukur dan dinilai.

 Menurut Martin & Pear, 1996,  tingah laku merangkumi aktiviti, aksi, perbuatan, gerakbalas, dan reaksi .


Pengurusan Tingkah Laku

Pengurusan tingkah laku boleh digambarkan sebagai program tingkah laku yang dilakukan oleh seseorang individu (guru, ibu bapa atau pihak-pihak tertentu) untuk membentuk perlakuan luaran dan dalaman individu atau kumpulan supaya individu tersebut mempunyai tingkah laku yang bermanfaat, produktif, dan diterima oleh masyarakat.


Konsep Pengurusan Tingkah Laku

- Konsep pengurusan tingkah laku ini meliputi perancangan yang rapi, penentuan individu yang bermasalah tingkah laku, teknik intervensi yang berkesan serta penilaian secara objektif 


Tingkah laku di sekolah amat berkait rapat dengan Disiplin. Apa itu Disiplin???


Disiplin

- Disiplin merupakan keupayaan untuk mematuhi peraturan atau contoh yang berteraskan kebolehan individu itu untuk mengawal diri sendiri.

- Dalam konteks pendidikan; Peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh seorang murid di sekolah bagi mewujudkan tingkah laku baik.

-Masalah disiplin sekolah lebih sesuai dirujuk sebagai masalah salah laku pelajar atau tingkah laku 'devian' (mereka yang melanggar peraturan).

Comments

Popular posts from this blog

Rekod Pengurusan Tingkah Laku Murid